SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA..DAN SELAMAT BERCHATTING YA BERSAMA KAWAN-KAWAN DI SINI
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-ZFZe_m6GBVRikmTG3JCcoKHXi62z6XaAQq23ZvD2OIDdFqnZt1VUeqtSiWRQAjbnXXLwd-ABA0cOIQZNF5J60i3mQc2MrgYvDBM-w8CycWozGCGrIO4IUG0Sg6OFhLrqj8cXnFTUEZWL/s1600/sand1.jpg
DESTINASIFM CHAT ROOM

Koleksi Jenaka Pak Pandir

Pak pandir dgn handphone
 
Satu ketika di kampung Pak Pandir 
jauh di pendalaman Pahang,

 seorang pegawai kerajaan meliha
t Pak Pandir mempunyai handphone ...
"Wah Pak Pandir ...ada handphone ...

ada coverage ka dekat sini ...?"

Jawab Pak Pandir: "Sini tak ada,
tapi kalau encik mahu talipon saya  punya
handphone,kasi tau sama saya, saya boleh
pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage"
Pak Pandir naik helikopter
Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke
sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, 
Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan
Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:

"Panasnya dalam helikopter ini ...".

Maka menjawablah Pak Pandir 

yang turut berada dalam helikopter itu:
"Mahu tak panas tuan ...

kipasnya besar ...tapi di luar ..."
Kedai Pak Pandir kene rompak
Dalam siaran berita terkini disalah satu TV swasta, 
ada memuatkan berita rompakan di sebuah kedai 
elektrik di ibu kota. Kerugian dianggarkan berjumlah 
RM100 ribu ringgit. Seorang pemberita Mazidul akmal 
dilihat sedang menemuramah pemilik 
kedai tersebutyg bernama Pak Pandir..

Mazidul: Berapakah kerugian yang 

pakcik alami kerana rompakan ini?

Pak Pandir: Rasa-rasanya seratus 

ribu lebih tapi, tapi masih untung lagi la...

Mazidul: Macammana pulak 

pakcik boleh kata masih beruntung....?

Pak Pandir: Saya masih untung kerana 

rompakan itu berlaku hari ni bukan semalam...

Mazidul: Habis tu apa bezanya 

semalam atau hari ini ..???

Pak Pandir: kerana hari ni 

kita ada bagi diskaun 50%
 untuk semua harga barang..
kalau semlm harga takde diskaun lagi...
Pak Pandir dengan hartanya
Pak Pandir adalah seorang anak yang baru saja 
mendapatkan harta warisan setelah ayahnya meninggal. 
Tetapi ia bingung di manakah ia perlu simpan wang
 tersebut. Hendak simpan di bank takut kalau-kalau banknya
 bangkrup. Diletak dibawah bantal, nanti diambil pencuri.

Setelah berfikir cukup lama, akhirnya ia mendapat ide,

 ia menanam wang itu dibelakang rumahnya, lalu 
memasang papan peringatan dengan tulisan yang 
sangat besar "TIDAK ADA WANG DISINI!". 
Ternyata temannya Pak Pandir yang bernama 
Si Luncai melihat apa yang dilakukan Pandir.

Setelah lewat tengah malam, Luncai pun menggali

 tanah itu untuk mengambil wang tesebut. Setelah 
ia mendapatkan wang itu dan supaya tidak dicurigai, 
 maka Luncai mengganti tulisan yang ditulis Pandir 
dengan ayat "BUKAN LUNCAI YANG AMBIL!".
Pak Pandir dengan wartawan utusan
Satu hari kecoh Pak Pandir panggil wartawan utusan
merapu datang kerumah dia.Bila wartawan2 sampai 
mereka pun bertanya ada apa yang menarik ni pandir.

Pak Pandir pun kata..tenguk ni..aku tanam pokok 
rambutan tapi tumbuh pokok ubi kayu..hehehe.

Waaa pelik ni Pak Pandir..cuba cerita kat kami...

5 bulan dulu aku ada tanam pokok rambutan kat sini.
.aku ingat lagi sebab aku ada tandakanya kat sini...
dengan apa Pak Pandir tandakan?tanya wartawan....
dengan batang ubi kayu, jawab Pak Pandir..
wartawan..
Pak Pandir dgn ikan haruan
Pada suatu hari Pak Pandir membeli beberapa ekor
ikan haruan di pasar borong selayang. Apabila 
pulang ke rumah dia Mak Andeh menyiang 
ikan tersebut. Ketika sedang menyiang........

Mak Andih: Oii bapaknya! Mcmmana nak siang 
ikan ni? Hidup lagi nih.Pak Pandir: Apa susahnya tu??
Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis plak.
Pak Pandir: Tu pun nak kecoh ke? Rendam saja 
dalam air bagi ikan tu lemas. Sekejap lagi mati ler??
Mak Andih:???


Pak Pandir naik kapal terbang kali ke Dua
Alkisahnya..
hebohlah satu kampung..Pak Pandir mendapat tiket kapal

terbang untuk menjadi tetamu Kieran dlm pagi di era.. ,
walaupun hanya kelas ekonomi..tapi bagi pak pandir..
 itu sudah cukup mengembirakanya..

dipendekkan cerita..hari dijanji telah tiba..
pak pandir pun sudah menunggu seawal
 subuh di lapangan terbang..

kapal terbang sampai..
pak pandir pun naiklah..

masuk jer kapal terbang.. 
pak pandir terus ambik tempat.

sebelum kapal terbang berlepas..
pramugari pun memeriksa penumpan
g supaya semua duduk ditempat
 masing masing dan bersedia untuk berlepas..

sekali pramugari nampak pak pandir 
duduk kat kerusi bisnes klass.. setahu dia..
 tak ada penumpang bisnes klass hari tu..

dengan budi bahasa pramugari tu tegur.
"Pak cik, pakcik tak boleh duduk kat sini..
 boleh pak cik pindah duduk dibelakang.."
"eh.. bagus sungguh orang kapal terbang nii 
(pramugari).. takpalah nak.. pak cik selesa
 dah kat sini.."*mana tak selesanya.. bisnes klass..
mati akal pramugari tu.. semua pramugari dan 
pramugara (kecuali yang terlampau) datang silih ganti..
sakit kepala..

pilot yang menunggu lama nak berlepas..
bengong kenapa masih belum ada
 isyarat kata ok dari ketua pramugari..

dia pun keluar tengok..
pramugari sorang tu cerita..

pilot tu pun pi lah kat pak pandir..
"pak cik.. boleh tengok tiket?"
pak pandir kasi tiket..

"oo.. pak cik nak pi KL yer pak cik?"
"yer nak... "
"taapi pak cik.. kerusi nii pi johor bahru
 pakcik.., kerusi belakang baru pi KL!"
 "yerker nak.. nasib baiklah anak bagitau.."
Pak Pandir naik kapal terbang
Pak Pandir menyatakan hasrat di hatinya kepada cucu  tersayangnya. "Cu... Atok teringin sangat nak merasa  naik kapalterbang". "Baiklah.. Tok. Satu hari nanti kita  naik kapalterbang bersama", kata cucu Pak Pandir.  Maka pada suatu hari, cucu kesayangan Pak Pandir  tadi pergi booking tiket. Hari yang ditunggu pun tiba.

Pak Pandir bersama cucu kesayangannya menaiki

 kapalterbang untuk ke negara jiran... yang terhampir 
iaitu Singapore. Sewaktu di dalam kapalterbang, air- cond tidak berfungsi dengan betulnya  dan keadaan menjadi panas.

Pak Pandir berasa panas tetapi dia tidak menyatakan 
pada cucunya. Selepas 40 minit berada di dalam kapalterbang,  maka mendaratlah kapalterbang tersebut di Changi.  Pak Pandir dan cucunya pun turunlah. Dalam hati Pak  Pandir berkata "Patutlah panas dalam
 kapalterbang tadi, rupanya kipas di luar...".

1 comment:

Kod Smiley Untuk Komen
t :a :b :c :d :e :f :g :h :i :j :k :l :m :n :o :p :q :r :s :t